MINGGU 4

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

  • Bahan sastera
  • Bahan tatabahasa
  • Bahan bidang ilmu lain


Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.




Bahan sastera yang digunakan untuk P & P



  1. Guru membaca pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul.
  2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membaca pantun tersebut.
  3. Murid akan dipanggil oleh guru untuk melafazkan pantun tersebut di hadapan kelas.
Bahan tatabahasa yang digunakan untuk P & P




  1. Guru membimbing murid untuk menyatakan kata nama di sekeliling kita.
  2. Guru memaparkan video tentang kata nama am.
  3. Murid diminta untuk menyatakan kata nama am yang terdapat dalam petikan yang diperdengarkan oleh guru.
  4. Murid kemudian diminta untuk membina ayat berdasarkan kata nama am yang dinyatakan.


Bahan bidang ilmu lain yang digunakan untuk P & P






  1. Guru memaparkan video lagu 'Ikan Kekek Mak Ilui'.
  2. Murid diminta untuk menceritakan apa yang terdapat dalam video tersebut.
  3. Guru kemudian menunjukkan gambar tentang pemandangan kampung.
  4. Murid diminta untuk membina 5 ayat berdasarkan gambar tersebut.